Posts

Pengurusan Pembelajaran merupakan bidang pengurusan yang paling utama dalam arena pendidikan. Bidan

BAB 13: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

BAB 13: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN Guru merupakan insan yang paling bekerja keras dalam melahirkan pelajar yang cemerlang. Untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, alam pembelajaran haruslah diatur dengan teratur, dapat menarik minat pelajar untuk belajar lebih lagi serta dapat melaksanakan sebuah pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Oleh itu, rancangan oriestasi sekolah (ROS), kaedah perlaksanaan, pedagogi serta bahan bantu mengajar antara aspek utama yang penting dalam melahirkan alam pembelajaran yang berkesan dan menarik. Contoh yang dapat kita lihat adalah dari segi kaedah perlaksanaan. Menurut Effandi Zakaria (1998), pembelajaran koperatif adalah suatu strategi pengajaran dimana pelajar-pelajar saling membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil. Pembelajaran koperatif berlaku apabila pelajar bekerja secara berkumpulan, berkongsi idea, saling membantu untuk menyelesaikan masalah, dan memastikan semua ahli kumpulan menguasai isi pelajaran dengan memint...

BAB 12: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

BAB 12: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN Sekolah merupakan sebuah institusi milik masyarakat. Perkembangan sekolah itu bergantung kepada bagaimana masyarakat menerima sekolah tersebut. Menurut Olson, P (1970:52),  masyarakat adalah kumpulan manusia yang menganggotai satu organisasi yang mempunyai beberapa criteria tertentu iaitu terdapat proses penggantian masyarakat melalui pembiakan genetic, manusia yang saling berinteraksi, terdapat perasaan kekitaan (sense of belonging) dan mempunyai sistem komunikasi bahasa yang berlainan dengan masyarakat. Menurut sumber yang saya kaji dan rujuk, sekolah saling berkaitan dengan persekitaran seperti hubungan sekolah dengan ibu bapa, hubungan sekolah dengan guru, serta hubungan sekolah dengan masyarakat. Tidak dapat saya nafikan, hubungan sekolah dengan persekitaran seperti yang disebut memainkan peranan penting dalam kehidupan semua. Dari segi hubungan sekolah dengan masyarakat, ianya amat penting kerana ikatan yang terjalin adalah daripada rasa...

BAB 11: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

BAB 11: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA Murid pelbagai upaya ialah murid yang berkeperluan khas seperti kurang upaya dalam pendengaran, penglihatan, pertuturan, fizikal, masalah pembelajaran dan sebagainya. Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan kahas yang dijalankan ke atas peajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. Pendidikan khas itu sendiri merujuk kepada program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas. Pendidikan khas juga merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana. Kajian mengeni pengurusan murid pelbagai upaya ini memf...

BAB 10: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

BAB 10: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA Menurut kamus dewan, perkataan “Pengurusan” didefinisikan sebagai pengarajan dan pengawalan pengelolaan, penyelenggaran. Dengan kata lain, pengurusan boleh didefinisikan sebgai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan pentadbiran, perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan penilaian dalam konteks perkhidmatan.Secara umumnya, perkataan “Budaya”, yang berasal daripada bahasa Sanskerta iaitu “buddhayah”, merujukan bentuk jamak atau buddhi(budi atau akal) yang diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia. Pengurusan pelbagai budaya merangkumi pengurusan yang melibatkan pelajar pelbagai budaya. Aspek pentadbiran, pengurusan bilik darjah, pendekatan kurikulum, strategi pengajaran serta bahan atau alatan dalam pengajaran haruslah diurus dengan teratur agar pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan pelbagai budaya ini dijalankan dengan baik tanpa sebarang keciciran. Menur...

BAB 9: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

BAB 9: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID Menurut Atkinson (1990) tingkah laku bermasalah adalah merupakan tingkah laku yang terkeluar daripada kehendak, norma-norma dan nilai sesuatu masyarakat. Tingkah laku bermasalah boleh merangkumi tingkah laku destruktif, tingkahlaku desruptif, pergantungan berlebihan, tingkah laku kebimbangan, tingkah laku pengunduran diri dan tingkah laku pengasingan diri. Tingkah laku bermasalah ini akan menjadi lebih berbahaya sekiranya ianya melibatkan klik yang mana akhirnya akan mengakibatkan keganasan sekiranya tidak dibendung dengan lebih awal (Tiwi Binti Kamidin, 2004). Pengurusan penasihatan murid berkait rapat dengan masalah tingkah laku dalam kalangan pelajar. Konsep dalam pengurusan penasihatan ini adalah bimbingan, mentoring dan penasihatan. Mentor di sini bermaksud proses memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional (terlatih dan beretika, berkemahirandan sistematik) dalam menghadapi krisis hidup dan pembangunan diri individu. Pros...

BAB 8: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

BAB 8: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN Disiplin merupakan perkataan yang digeruni oleh setiap insan yang bergelar pelajar sama ada di peringkat sekolah mahupun di institut pengajian tinggi. Namun begitu, perkataan keramat ini lebih sinonim dan digeruni oleh pelajar yang berada di peringkat sekolah. Disiplin mengingatkan pelajar kepada perkara-perkara yang boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti ponteng kelas, merokok, buli pelajar serta meniru di dalam peperiksaan. Seperti pelajar normal, pelajar Pendidikan Khas yang bermasalah pembelajaran juga mempamerkan tingkah laku yang negatif dimana jika tidak diatasi, ianya akan menganggu sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut sebuah artikel yang saya kaji, setiap murid bermasalah pembelajaran berbeza dan unik dari segi keupayaan fizikal, kognitif dan tingkah laku namun hak mereka dalam pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial, kaum atau perkembangan intelek perlu diberi perhatian (Osman & Ahmad Ghazie, 2007).  S...

BAB 7: STRATEGI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN (BILIK DARJAH/MAKMAL/STUDIO/DAN LAIN-LAIN)

BAB 7: STRATEGI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN (BILIK DARJAH/MAKMAL/STUDIO/DAN LAIN-LAIN) Bilik pembelajaran bukan sahaja bilik darjah semata-mata, malah makmal, bengkel atau studio malah padang juga dikenali sebagai bilik pembelajaran. Makmal lebih dikenal bilik pembelajaran bagi matapelajaran yang berkaitan dengan Sains serta Teknologi Maklumat. Studio pula lebih dikenali sebagai bilik pembelajaran bagi matapelajaran Pendidikan Seni. Bengkel pula lebih ke arah matapelajaran yang memerlukan kemahiran yang dapat digunapakai dalam kehidupan seharian dan juga dapat dijadikan hobi atau kerjaya jika mempunyai minat dalam pertukangan seperti bengkel Kemahiran Hidup atau lebih dikenal sebagai bengkel Reka Cipta dan Teknologi. Di sini kita dapat lihat bahawa bilik pengajaran tidak terhad kepada bilik darjah semata-mata. Di dalam artikel “Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran”, Atan Long (1986:109) menyatakan bahawa pengurusan bilik darjah hendaklah berdasarkan fungsi dan matlamat yang hen...