BAB 4: PENGURUSAN MURID
. BAB 4: PENGURUSAN MURID
Pengurusan murid merupakan salah satu bahagian daripada
pentadbiran sekolah yang sangat penting. Hal ini adalah kerana ianya berkaitan
dengan usaha untukmelahirkan murid yang berkualiti dan mampu membawa perubahan
terhadap negaradalam pelbagai aspek pada suatu hari nanti. Selain daripada itu,
pengurusan murid haruslah dibuat secara sistematik agar ianya mampu mencapai
matlamat dan objektifyang telah dibuat. Oleh sebab itulah wujudnya jawatan Guru
Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid yang brtujuan untuk menyelaraskan pengurusan
murid daripada pelbagai aspek seperti disiplin, ko-kurikulum, kurikulum dan
aspek yang lain melalui peranannya sebagai pemaju, pembina, pembantu,
perancang, pemudah cara, penyelaras, pengawal, penawar, dan kaunselor yang boleh
membantu memudahkan pengurusan murid. Oleh itu, tidak hairanlah terdapat 3
perkara yang ditekankan di dalam perkara ini iaitu mengurus rekod murid,
kesediaan murid belajar serta memotivasikan murid.
Comments
Post a Comment