BAB 12: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
BAB 12: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN Sekolah merupakan sebuah institusi milik masyarakat. Perkembangan sekolah itu bergantung kepada bagaimana masyarakat menerima sekolah tersebut. Menurut Olson, P (1970:52), masyarakat adalah kumpulan manusia yang menganggotai satu organisasi yang mempunyai beberapa criteria tertentu iaitu terdapat proses penggantian masyarakat melalui pembiakan genetic, manusia yang saling berinteraksi, terdapat perasaan kekitaan (sense of belonging) dan mempunyai sistem komunikasi bahasa yang berlainan dengan masyarakat. Menurut sumber yang saya kaji dan rujuk, sekolah saling berkaitan dengan persekitaran seperti hubungan sekolah dengan ibu bapa, hubungan sekolah dengan guru, serta hubungan sekolah dengan masyarakat. Tidak dapat saya nafikan, hubungan sekolah dengan persekitaran seperti yang disebut memainkan peranan penting dalam kehidupan semua. Dari segi hubungan sekolah dengan masyarakat, ianya amat penting kerana ikatan yang terjalin adalah daripada rasa...
Comments
Post a Comment