BAB 2: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR
BAB 2: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR
Sebagai
seorang pelajar, pengurusan pembelajaran amat penting agar suatu proses
pembelajaran berlaku dengan efektif dan objektif yang ditetapkan dapat
dicapai.Pengurusan ialah adalah melibatkan penggubalan dan perancangan,
melaksanakan perancangan dan bekerjasama secara berkesan dengan orang lain
untuk melakukan perkara yang betul sehingga mencapai matlamat (PPK, 2001).
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah proses
merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau
memberi garis panduan perkara – perkara yang perlu dilakukan oleh guru,
menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan
memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan
agar ianya berjalan sebagaimana yang dirancang (Nurlia Mohamad, komunikasi
peribadi, 26 Disember 2012).
Tidak dapat dinafikan bahawa pengurusan dan pembelajaran ini
penting terhadap pelajar. Guru yang gagal merancang dan menguruskan pengajaran
sendiri akan berdepan dengan masalah seperti kegagalan menghabiskan silibus
tepat pada waktunya serta pelajar ketinggalan dalam pelajaran. Walapun
kurikulum pelajaran seperti KSSR dan KSSM telah disediakan, namun jika seorang
guru tersebut gagal merancang dengan sebaiknya, pengajarannya akan kucar-kacir
juga.
Comments
Post a Comment