BAB 3: ORGANISASI DAN KEPIMPINAN
BAB 3: ORGANISASI DAN KEPIMPINAN
Kepemimpinan adalah seni untuk mempengaruhi tingkah laku
manusia, kemampuan untuk membimbing orang, mempengaruhi & membimbing
seseorang demi mencapai tujuan-tujuan tertentu mempunyai cara dan seni
sendiri.Robert Kreither - Keupayaan mempengaruhi anggota untuk mencapai tujuan
organisasi secara sukarela. Pengertian ini menekankan pada kemampuan pemimpin
yang tidak memaksa dalam menggerakkan anggota organisasi agar melakukan
pekerjaan/kegiatan yang terarah pada tujuan organisasi.
Sekolah merupakan sebuah institusi penyebaran ilmu. Ilmu
yang diberikan merangkumi ilmu duniawi serta kehidupan selepas mati atau
dikenali sebagai akhirat.guru merupakan kunci kepada penyebaran ilmu. Tanpa
guru, seorang murid mungkin tidak akan berjaya walaupun ibu bapa ada membantu
dalam mengembangkan ilmu yang sedia ada. Di dalam sekolah, pengetua atau guru
besar merupakan orang terpenting dalam institusi sekolah. Pengetua ibarat
pemimpin yang memacu sekolah ke arah kecemerlangan sekolah.
Menurut Stogdill, 1974, Edmond, 1979 & Nor Azian, 1994,
pengaruh kepimpinan adalah amat penting dalam menentukan kejayaan sesabuah
organisasi. Pengaruh dan kecekapan pemimpin dapat membawa ke arah kecemerlangan
sesebuah organisasi. Oleh itu, organisasi seperti sekolah, pengaruh kepimpinan
dan kecekapan pengetua sekolah amat penting dalam menentukan kejayaan sekolah
di bawah pimpinannya.
Comments
Post a Comment